Wednesday, December 14, 2011

ya habibi ya maulana

oh..lupe nk post..aritu g makn makanan arab kt Restoran Promagenate..depan al-Ikhsan taman u.. dengan bos..anak2 bos dan cik azila






ni kebab daging...sedap..



ni si kecik elly..makan kebab ayam..lagi sedap



haa...yg ni saya punya..BAMIEAH DAGING...tp ad dua ketul je daging nye..x bebaloi..harga 14 hinggit..seb bek bos blnje..lalala...

Mi Racun

aritu kitorang pegi makan racun.......... 

kebal x kebal x?
 ...hahahhaha

xla..kitorg makan mee racun..kat taman u..somewhere at jalan kebangsaan..seberang jalan tapak bazar ramadhan.

sedap jugakla..rase cm msam2..

and lagi satu..kitorang makan 

LONTONG GORENG BLACK PAPER

so nila gambarannya..





Sunday, December 11, 2011

Wantan dan Kek Cawan

Salam JOHOR BAHRU...and hye evlibaddi..

Sunday Morning...wake up at 10..VERY HUNGRY..
bangun2 pagi da terbayang wantan mee...
hee...nk jadi cerita..rumet pun nak mkn mee jugak..

dengan penuh gigihnya g la google2 mee wantan kt jb mane yg best..
First Choice = Wantan Mee Jln Padi kt BBU
Second Choice = Hutan Bandar, JB

WSF start engine..terus la g BBU..kul 12 ni baru..awal la konon sebab dalam web tu kata *Datang awal untuk mengelakkan kekecewaan...*

sampai-sampai..(jam kul 12.15)...MEMANG KECEWA! DAH HABIS!...

sebabkan hutan bandar cam jauh..kitorg g la angsana sbb kt food court tu pun ad mee wantan...

...cerita nak carik parking boleh potong sebab cam akn ngumpat org dalm cerita rezeki..so x baikla..haha..

DALAM PERJALANAN DARI KERETA KE FOOD COURT --->> DAAA!..KAMI JUMPE KEDAI HARUM INI



dengan segala keterujaan nya kitorg macm budak2 nampak kedai coklat..SEBAB?..

KEDAI NI AD JUAL KEK CAWAN!!!!....*sampai ad makcik tegur.."haa,sedap kan?"..makcik tu perli..tauu..sebab muke kitorg mmg x bole handle punya exited la..hahaha..

tapi relek lagi...g makan mee wantan dulu..

and there they are...OUR WANTAN MEE




dan kemudiannya kitorg patah balik kat Idonuts&Coffee 
tadi..dan inilah hasilnya..=)




THE RED VELVET AND THE CHOCOREO...sedap..x tipu..*harga: RM 4.50 satu...

cerita nak sampaikan ptg pun bole potong sebab xd la menarik pun...

The dinner...sebab g anta barang kt adik kt jb..singgahla tmn perling..makan kt Z FAMILY TOMYAM..dekat2 dgn masjid..




menu biase je..nasi goreng tomyam ngan nasi daging tauchu..sedap..okla..tapi tunggu nye lama gak la..

itu je...thank you for reading..=)...

Saturday, December 10, 2011

mangga, bulan dan teman-teman

cerita mangga mula dengan lima,hitam dan gula pasir
cerita bulan mula dengan bumi, bulan dan matahari
cerita teman bermula dengan takdir, kerjaya dan kehidupan.

dan cerita mangga berakhir dengan Alhamdulillah
dan cerita bulan diiringi Subhanallah
dan cerita teman..jgn pernah berakhir lagi..InsyaAllah.

Sunday, December 4, 2011

paling tak reti

dalam banyak-banyak soalan..ak paling x reti jawab soalan ni

AWAK ORANG MANA?

haduh...

rase nak cakap je..ala-ala abon dalam OSBON..

MAK BAPAK JE ORANG MELAKA..aku ORANG KEYeiL..


kikh..

lahir tu memangla kat KL...tp ak x duk kl..so x le claim orang KL
paling2 pun dulu duk shah alam..*xperlu la nk ngaku jugak org KL la kan..

sekarang duk kt ipoh...perlu ke ak ngaku ak "orang" Ipoh?...Mestilah tidak!..
salunya kalu ORANG ni maksudnya, kite punya identiti, asal usul, tempat tinggal, tempat membesar, dibuktikan dengan gaya hidunya, bahasa tuturannya, tingkah laku dan pemikirannya..

Walaupun xbole claim ak ni "orang" mana2..tpi ak bangga sebab dalam hidup yg di penghujung lahir-tahun-88-tahun ni, aku dah menetap kt negeri lain-lain.. Kl,Melaka,Johor,N9,Selangor, Perak dan termasuk sekolah menengah kat Pahang,..Matrik kt Penang...

Seronok oo tgok negeri orang..tapi banyak2 negeri ak duduk...lagi banyak orang kata aku ni "orang" dari negeri yang ak xpernah sampai pun...SABAH!..

aku bukan orang sabah bah!..*jd stacy jap..

btw..no matter where we come from..as long as we know ourselves and the Mighty Creator..we'll never be lost..

Monday, November 28, 2011

Nasi ITik di JOhor BahRu..

Assalamualaikum...

hye semua...sorryla blog ni cm carca marba..sekejep luahan perasaan..sekejap perasan bole tulis puisi..
heee...tapi pasni xnk tulis puisi dah..pas ni nk tulis pasal makan pulak...
thun ni da masuk thun kelima duk kt jb..(x termsuk lapan thun time kecik dulu)..
tapi disebabkn sy ni bkn pemakn punya org..so jrg la explore makan kt jb ni..wlaupun byk mkn sedap2..katanyalah..*mari kita buktikan..hehe*
so untuk mememriahkan entry ni..meh la cek nak khabaq kt hangpa semua..kisah cek kempunan itik..

raya aritu untuk pertama kalinya dapat merasa rendang itik..first,cousin masak rendang cili api..mak tuan..sory la kak fai..lidah mat salleh i x boleh tahan..so xde la dpt menikmati itik itu..
kemudian!..dijodohkan cerita..berayalah kami sekeluarga ke rumah sahabat adik di masjid tanah..disajikan homemade lemang dan rendang itk yang....sedap sangat..

berikutan itu...atas dasar teringin sgt nak makan itik..stu pagi ak curik tulang kt opis g google mana2 tmpt ada jual masakan itik halal kt johor bahru ni..bertemula ak dgn NASI ITIK KABIN..yg terletak di taman suria..kt KAFE PERIUK WARISAN. Kedai die sebelah kedai baju Peace,from XS to XXxL..hehe... inilah hasilnya..dapatla sy, dan ex rumet saya cik fiza jani..makan nasi itik..ALhamdulillah...

review..sbb first time makan nasi itik kan..bolehla bagi 3.5/5




ni portion untuk 2 orang..ada nasi..ada itik..ada taugeh..sup,kicap dan sos..
satu set..RM10.. kalu xnk taugeh pun bole..tp taugeh die sedap..ak yg xmkn taugeh pun boleh makan...untuk mengenal diorg ni lebih dekat..bolela skodeng fb diorang..

http://www.facebook.com/Nasi.Itik.Kabin

selamat menyesurf!..

next entry: ikan patin di JB..=))

Monday, October 17, 2011

Tuli, Buta dan Manusia

Yang tulang kau anggap kayu
Yang darah kau anggap angin
Yang teriak kau anggap hingar

Bisa-bisa kau buat tuli
Bisa-bisa kau buat buta

Apa benar kau manusia?

Kejam



(http://www.youtube.com/watch?v=UzVCpNH1Umk&t=1m7s)

i was..we were

we were looking
i was staring

we were talking
i was wondering

we were friends
i was waiting

we were there..somewhere
i was smiling

Sunday, October 16, 2011

I-WALY

Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am home again
Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am whole again

Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am young again
Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am fun again

However far away, I will always love you
However long I stay, I will always love you
Whatever words I say, I will always love you
I will always love you

Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am free again
Whenever I'm alone with you
You make me feel like I am clean again

However far away, I will always love you
However long I stay, I will always love you
Whatever words I say, I will always love you
I will always love you

Monday, October 10, 2011

pagi

yang pergi biarkan pergi
izinkan pagimu tersenyum lagi

Sunday, October 9, 2011

Seorang Puteh

Di sini ada kerusi, ada meja
Ada kopi dan seorang puteh

Ada huruf-huruf yang ditekan-tekan menjadi perkataan
Ada baris-baris yang dikopi dan ditampal-tampal
Ada penulisan yang perlu di baca sekian-sekian

Dan masih..
Ada secawan kopi
dan seorang Puteh

berusaha menjajah bahasa sendiri..
Dalam keagungan bahasa mereka
Seorang puteh itu hampir tidur

Thursday, March 24, 2011

sekali

mana hormatmu orang muda?
si tua itu kau biar menunggu

mana hormatmu orang muda?
si tua itu kau biar bicara sendiri

mana hormatmu orang muda?
si tua itu kau panggil tanpa depan
dan masih berani kau guna ilmunya
tak malu

untuk sekali,
cuba kau bayang
jika orang tuamu di tempat si tua itu

dan mungkin sekali itu
bisa kau guna untuk kali kali lainnya

barangkali aku orang muda itu
tegur aku
kerna tak pernah aku mahu
menjadi orang muda begitu

Thursday, March 10, 2011

hujan senja

seberapa hari di tempat mereka..

manis senyumannya,
sopan bahasanya..

Ini bukan kali pertama aku melihat oa..Pertama kali mungkin di perjalanan ke Cameron Highland time kecik-kecik dulu..mereka x berbaju, menjual hasil-hasil hutan.. Bapak beli sumpit..masa tu igt lagi, kitorg adik-adik kata along macam oa.. sebab along kulit gelap, rambut kerinting-kerinting..haha..

tapi tu 15 tahun dulu, KLCC xd lagi, KRU pun belom kaya lagi..

tapi sekarang?..

*im currently doing my fyp on OA Development.

Diorang orang laut..cari rezeki dengan hasil laut..itu xpelah..
namun ak sedih..melihat anak-anak muda keciciran pelajaran..
seharusnya sekarang semua orang dah pegi sekolah..
kalu nak kata mak ayahnya x mampu, diorg dapt full support kot tuk pegi sekolah.
dapat duit blanja lagi sehari 2rgt..
namun mereka masih sukar menyesuaikan diri dgn realiti persekolahan..

mereka perlu sekolah..
kerana aku percaya, tanpa ilmu, manusia tidak akan berjaya..

*OA stand for o - r - a - n - g - a - s - l - i - ak tkot nk tulis betol2, coz we cant simply right publicly about them..kalu ad orang google,mampuih den..

Monday, January 17, 2011

my two little comedian

Dalam hidup ini..ada beberapa insan yang mampu memberikan kegembiraan yang tak berbelah bagi, yg kadang-kadang boleh wat kite gelak separuh mati.
Well for me, i got this two lil angels..*litle ker?*..yg boleh buat aku sgt, sgt, sgt gembira..rindu mereka!..

Well,the first dominique is...



haii..nama i mimi chan tik ker?..haha..


n..the next dominique wud be....



Dr M.O.P..pun..


*wish them all the best in life..=)..love much!!

........................................................................

Sunday, January 16, 2011

CHEAT DAY

entry ini adalah olahan daripada sebuah artikel yg dikirimkan kepada saya oleh seorang sahabat yang sangat rapat..ngeheee..

apa itu Cheat Day?..

Well,this is actually khas untuk kawan-kawan yg sedang berusaha untuk berdiet atau erti kata lain nk kuruskan badan..=)..

Basicallay, kite ni orang Malaysia..makanan kat negara kite ni mmg sedap2 blake..kalu daripada food lover,..n then tersedar yg badan sudah terlebih berat..maka, akn tmbullah rasa nk diet..dan akan berusahalah seseorng itu, dgn segala kudrat yang ada untuk mengecilkan badannya..berdietlah dia hari demi hari.. dan menahan lah dirinya daripada segala makanan kegemaran yang berlemak dan berkolesterol itu..

TAPI!

Ketekunan yang terlalu tinggi akan menyebabkan seseorang itu putus asa dgn cepat!
Maka dgn itu,istilah CHEAT DAY tercipta..=)

CHEAT DAY ialah satu hari dalam seminggu di mana anda menikmati hidangan yang sedap-sedap setelah hari-hari lainnya makan makanan diet yg kurang rasa, kurang bnyk dn kadg2 sgt tidak menyelerakan..

Antara kebaikan CHEAT DAY ialah :

1) Membantu mengawal rasa keinginan terhadap makanan kegemaran anda.

2) Mengurangkan tekanan terhadap program diet yang sedang anda ikuti.

3) Lebih praktikal untuk jangkamasa panjang. (Bolehkah anda tinggalkan nasi lemak untuk selama-lamanya?)

4) Jika mengikut teknik yang betul boleh membantu meningkatkan metabolisma anda.

(Diet yang rendah lemak dan kalori akan memperlahankan metabolisma dalam jangkamasa panjang. Sekiranya anda mengambil kalori yang tinggi ketika 'cheat day', badan anda perlu bekerja lebih untuk membakar makanan tersebut, maka boleh meningkatkan metabolisma anda sehingga hari-hari berikutnya)

5) Meningkatkan tenaga anda. (Diet yang strict boleh menjadikan badan anda letih dan lesu).

6) Sekiranya anda seorang yang kurus berazam untuk menambah berat badan, dan mula makan ayam dan telur setiap hari....anda mungkin akan mengalami masalah hilang selera makan. 'Cheat day' adalah cara yang baik untuk anda meningkatkan kembali selera makan anda.

7) Secara psikologinya akan menjadikan anda lebih rajin untuk kembali bersenam dihari berikutnya.

8) Dan yang utama sekali anda boleh berseronok macam orang lain yang tidak mengikuti program diet!!!!


ok!..bagi sesiapa yg sedang berdiet..cubalah!..


saje nk selitkan, qoute from a friend i heard very early in the morning:
.."i feel sad when my EX is happy with his new gf, but my mum says, dont'be, its ok to give your old toys to the less fortunate"..

haha..quite hard isn't it?..PEACE!

.........................................

Tuesday, January 11, 2011

undur

kalu orang kata dari mata turun ke hati
aku nak kata, dari lidah turun ke hati..

bahayanya kalu tersalah cakap ni bukan main-main..memangla kita leh kata yang kita tarik balik cakap tu..tapi telinga yang mendengar boleh senang2 nak lupa?..hati yang tersentap boleh senang2 nak tenang balik?..bila kite yang kata kt orang memangla kita tak rasa..tapi cuba orang kata kat kita..kan serupa je rasenya tu?..

kadang-kadang, lebih baikla usik fizikal..sakit kt badan lama2 boleh hilang..sakit kat hati?..kalau x mati,kekal abadi.

Saturday, January 8, 2011

b..lek

haha..hai semua..hari ni aku nk bagi korang tgk bilek aku..haishh..eyra..time bilik aku cat kaler merah dulu xmao suh update bilek..ni bilek dah semabal dinding pun thn 90an bru nk update bilek..btw..bilek aku olskul, sebab aku tgl kolej olskul..x macam korang..tgl kolej baru..dindng pun cantik lagi..dan sebnrnya aku pn xtau knpe aku perlu rase nk jugak tnjukkn bilek keu kt korang..maybe sbb blog aku xrami orang baca..korang2 je,so xpela..haha..btw..anis..cntik bilek ko..pepel mata aku tgok..hehe..

okeh..lets hve a quick view here..=)



ok..mule2 view dari tingkap bilek aku yg xbrape nk nyaman pun..yg best nye disini, aku boleh bukk tingkp sepnjg hari sebab xd jalan besar tmpt org lalu lalng menghadap bilik aku..so..can open-open always mey..haha..ptg2 nmpak la dk2 pmpn main kt padang ktf ni, kalu panjag leher skt,nmpakla roger federer nga men tenis..hehe..



haaa..inilah katil aku...cadar lain,sarung bantal lain, selimut lain...aku x kesah..yg penting aku tidor nynyak..dan aku ni x ske ank patung,bear2 ni...*xd org bg pun*...=(..haha..dulu ada,tpi tahan 2 3 hari...pastu aku cmpak sbb nyemak..katil tu dh cukup kecik dah tuk aku so xyah la nk kongsi-mongsi pulak..hehe...*ehemm..awakk,kalu nk bg hadiah jgn bagi bear..bg bantal xpe..tp kalu bg bnde lain lagi bagus...lalala*



dan seterusnya ialah meja..dimana segalanya berlaku..kadg2 kt meja pun aku tido..well,duk blok lama,ada tmpt isi hrta karun kt tepi tu..so senang aku nk ltk brg2..ruangnya besar..macm2 boleh isi..seperti yg anda boleh lihat dari gmbar:

Printer : untuk kegunaan penting,byk draf kna hantr,xperlu g kedai print dh pasni
Nestle Fitness n Munchys Wheat Crunch: untuk program diet saya..hehehhheee..
Laptop : utk wt kje, men intenet, tgok movie dn lain2 nye lah..=)
Buku?.: hiasan je..=P..adalah beguna sket2
Bekas bulat2 atas meja: haa..yg hijau tu minumam supplement aku..ibu bagi..untuk kecantikan dalaman wanita, good for diet sbb die minuman sayuran yg diminum dgn soya..nk bagi kulit cantik bla3..
Kertas yg tampal kt dinding tu : JADUAL PSM!!!!



okeh..kalu cik eyra tnjuk buku-buku ELDERLY die, aku tnjuk buku-buku yg aku beli, tp aku belom sempat nk baca dan bolm habes baca..sebab..aku bukn ulat buku, so bila betol2 sampai mud nk baca baru aku baca..hee..
dari atas : 28hari jurnal rock and roll by mohh jayzuan, Teaching Thinking by Edward De bono, Sembang Tepi Jalan by Meor dan yg bawah skali is RaNap by fynn jamal..=)
Buku-buku ni aku beli kt Silverfish Books kt Bangsar..setelah sekian lama aku x cari buku kt bookstore..tau beli kt fleamarket or event2 je, kedai buku ni brjaya buat aku nk pegi dan beli..dan mmg makn hati,sebb buku best kan mahal2..mane ade bajet..huhu..

=)..btw

ni bilik ketiga aku dr first yr..2nd ngn 3rd yr bilek sama..tapi sekarg blok masih sama cume kna la mendaki sikit..hehe..CUMA ADA SATU JE YG MASIH X BERUBAH DARI TAHUN SATU..IAITU..RUMET SAYA..CIK HAFIZA JANI..

itu sahajalah perihal kamar saya..maaflah ini je yg mampu di exposekan..mau lihat lebih dekat,sila datang sendiri ke bilik saya di alamat..h09,ktf,utm..=)..

Thursday, January 6, 2011

ouihhh....

okeh..aku rase ok sket dari semalam...sebab semalam memang aku gila tahap nak mampos sampai aku paksa orang bawak aku keluar..and kalu x keluar ak mungkin dah baling-baling bende yang ada kt bilik ni..*thanks to mabar..dan..aku pun makan, jalan-jalan dan jalan-jalan...dengan x semena-mena aku tertonton hantu kak limah balik rumah..*alang (alia nordin)..sorry sebb dh kata nk tgok ngn ko..aku terlebeh tension semalam dan aku nak tgok sumntg yg aku boleh gelak...MALANGNYA!..big point kt sini, cerita itu..out of my expectation...when sume orang kata best,lawak gila..aku igt btol2 la best..xtaulah..aku rase x best sgt pun..tapi aku tgk orang len gelak beria-ia.. aku senyum skit2 je, ada tu x lawk lansung pun aku rase tapi ada je orang gelak..xtau la kalu ak xpaham lawak nye ke pe atau aku tension sgt sampai xleh nk gelak pun..xtaulah.. tapi yang pastinya aku x brapa nk stujula kalu org kata filem tu lawak gila..*kepada sape2 yg suke citer tu,tu pandangan koranglah ye*

tapi yang lebih menarik ialah..preview filem yang awal2 sebelum kak limah start.. FILEM HAQ..wth the lead actor, my fav..zulhuzaimy..oh tidak!..style gile kot..previewnye lah..die cite pasal 2 brothers yg ada superpower..tp sorg baik sorg jahat..dan yg best nya..zulhuzaimy yang jadi baik..sbb die salu belakon jahat kan..this time jadi baik..dan aku mmg ske zulhizaimy..die ada style kot..korang x rase cmtu ke?..hehe..btw..x igt citer tu kuar bile..yg pasti aku nk g tgok..marilah kite tgok ramai2 ye..n one more..filem tu dari pengarah baru..so gud luck to you..=.

Alang..sorry eh..aku tertension sgt smlm..btw,x tgok pun xpe,ak rase x rugi pun..

Wednesday, January 5, 2011

katakan kau gila

di dermaga hitam kau lari-lari
kejar sampan putus tali
kau tempang
kau kejar apa?
alngkan sempurana lagi terlepas

...............................................

Hoi sempurna
Kau menung apa?
Tunggu anak raja?
Senang hati nampak
Usaha mana?
Duduk..goyang kaki je kau

Hoi tempang
Diri aku ape kau susah?
Tau kau pandai..diamlah!

Hoi sempurna
Otak aku x gerak kalu hati aku mati
Tapi kau..hati takde, otak mati
Kesian

Hoi tempang
kesian kau simpan
aku boleh jalan
aku tau aku boleh buat

Sempurna,sempurna
Ya kau boleh jalan
Tapi ko x bergerak
Pemalas!

Ya,aku pemalas..kenapa kau kesah?

Haha..kau kalah