Wednesday, August 8, 2012

Tahajjud Cinta

Dulu dgr lagu ni rasa biasa-biasa.. lately dgr rasa luar biasa..Ramadhan mungkin?..


Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

Sunday, August 5, 2012

Jodoh Ramadhan


Assalamualaikum..
Salam Ramadhan buat semua..

Apa kabar sahabat-sahabat blog saya?
Lama kita x jumpa kan..
Maaf..mood blogging makin lama makin hilang..
Mungkin sebab dah tak minat.. atau mungkin kemunculan aplikasi2 baru yg lebih cepat dan ringkas untuk di layan..atau mungkin keadaan hidup yang semakin tidak keruan dek desakan kerja yg kdg2 menyangkal kemampuan akal dan perasaan..

Sebagai pembuka kata, 
Tahniah pada kawan-kawan yang dah selamat bertunang, berkahwin, dan x lupa juga yg dah dapat baby.. =)
Sangat gembira untuk korang..
*dedikasi tahniah kepada : Jat,Sarul,Kaka,Madina,Ayu,Nadia,Farahaina,Zul,Amir,Rahim,Fiqah, Anith and few more...

ok..setelah mencuba untuk tulis ayat direct x berjaya... tulis delete tulis delete..ni lah hasilnya :


Ada Adam untuk Hawa
Ada Hawa untuk Adam
Suci
Pasti
Itu janji

Bersama hati yang pertama, you are definitely lucky
Bersama hati yang seterusnya, u’ll still infinitely happy

Worries…
Distance, Attitude, Commitment, Money and Loyalty

Complains
…….never ending lists….
So I skip this part… manusia mana pernah puas hati.. lepas satu complain dilayan dan diperbetulkan, akan timbul complain yg lain2 pulak..

Choices
Kacak Cantik..
Berada Berharta..
Baik Budi Baik Hati
Dekat Tapi Jauh

aaahhhhh.....

Well..actually xd la reti sangat tulis pasal cinta-cinta kawen-kawen ni
Ni pun sebab dah banyak kali mak tanya, dah ada calon belom, dah ada calon belom? Kalulah die nmpak la aliran darah dari jantung ni x sampai ke otak kalu dapat soalan tu, mesti die x tanya2 dah.. hehe..
Yelah.. mak mana yang x risau, anak dara die da 24 tahun tpi macam single je.. sebut pasal kawen je diam, baru nak tnya pasal calon muka da paling tempat lain..
Paling muka bukan mengelak..tapi sayu hati tgok muka mengharap die, muka risau die, muka takot die. Ibu sayang, calon tu ada, cuma pertimbangan nya berat.. InsyaAllah, kalau bukan yang ini..Allah pasti ada perancangan yang lebih baik untuk anak ibu ni..=)

Kepada yang dah berpunya, jaga dan pelihara hubungan korang..semoga lekat ke tgn tok kadi
Kepada yang masih mencari, carilah dgn niat yang ihklas, be choosy tapi jgn tamak.. kite tak mungkin dapat yang terbaik dalam segala serbi.. Kerana kite sendiri tidakla sesempurna mana untuk mengharapkan kesempurnaan pada orang lain..

Dan buat sahabat dan kekasih-kekasih saya, semoga kite semua dipermudahkan jodoh, ditetapkan hati dan yang paling penting,  cinta-cinta kita direstui Allah dan keluarga.. InsyaAllah..

Salam Ramadhan, Salam Sayang Anda Semua..

 **Sory ayat macam kapal terbalik..lama tak menulis..